in

10 Pemain Bola Sepak Tempatan Kurang Dapat Perhatian Ramai Tetapi Hebat di Padang

Football Player

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bola sepak merupakan antara sukan yang diminati oleh majoriti masyarakat Malaysia tidak kira kaum mahupun agama. Antara nama-nama pemain bola popular yang sering menjadi sebutan orang ramai adalah Safiq Rahim, Faiz Subri dan Safee Sali.


Namun, sebenarnya ramai pemain bola sepak berbakat berentap di padang tetapi kurang mendapat perhatian ramai meskipun mereka tidak kurang hebatnya seperti pemain bola sepak yang sudah popular. Ini 10 pemain bola sepak kurang dapat perhatian tetapi hebat di padang yang perlu diberikan perhatian serta pujian!

 

1. Ahmad Syihan Hazmi Mohamed

Syihan1
sumber: nst
Syihan2
sumber: instagram

Pemain bola sepak kebangsaan ini baru sahaja berumur 22 tahun dan telah memulakan kariernya sebagai pemain bola sepak sejak tahun 2012. Memiliki ketinggian 182cm, Syihan merupakan penjaga gol dan bermain untuk pasukan Negeri Sembilan.

 

2. Muhammad Irfan Zakaria

Irfan2
sumber: blog
Irfanh
sumber: blog

Irfan ialah pemain bola sepak Malaysia yang juga merupakan sebahagian daripada skuad untuk Sukan SEA 2017. Kini bermain untuk pasukan Kuala Lumpur, beliau baru sahaja berusia 23 tahun dan bermain untuk posisi pemain tengah.

 

3. Muhd Nor Azam Abdul Azih

Azam
sumber: alchetron
Azam91117
sumber: stadium astro

Azam merupakan pemain pasukan Pahang dan memegang posisi pemain tengah. Baru berusia 23 tahun, Azam pernah bermain untuk pasukan Harimau Muda B pada tahun 2014. Pada Sukan Asia Tenggara 2017 di Kuala Lumpur, Azam telah berjaya menjaringkan satu gol.

 

4. Muhammad Adib Zainudin

Adib2
sumber: instagram
Adib1
sumber: instagram

Adib merupakan pemain pertahanan pasukan JDT dan pernah membuat enam penampilan serta satu gol pada Sukan SEA KL 2017 tahun lalu. Berusia 23 tahun, beliau mula melebarkan karier apabila menandatangani kontrak dengan pasukan Shah Alam UiTM FC pada tahun Disember 2014.

 

5. Yong Kuong Yong

Yong1
sumber: instagram
Koko 1
sumber: instagram

Yong yang berasal dari Port Dickson kini merupakan pemain pertahanan pasukan Penang FA. Walaupun berusia 30 tahun pada tahun ini, beliau masih ligat bermain dan pernah bermain untuk pasukan Kuala Lumpur, FELDA United dan banyak lagi.

 

6. Reuben Thayaparan a/l Kathiripillai

R2
sumber: instagram
Capture1
sumber: instagram

K. Reuben merupakan pemain pasukan PKNS yang berusia 28 tahun. Beliau memulakan karier sebagai pemain bola sepak dengan pasukan Selangor pada tahun 2011. Memegang posisi pertahanan, bekas pelajar Victoria Institution ini pernah bermain dengan pasukan Selangor, ATM, PDRM dan Pulau Pinang.

 

7. Dominic Tan Jun Jin

Dominic
sumber: instagram
Dominic2
sumber: instagram

Dominic merupakan pemain pertahanan JDT yang telah dipinjamkan untuk bermain dengan pasukan Portugis Kelab Vilaverdense. Mempunyai ketinggian 183cm, beliau baru sahaja berusia 21 tahun dan pernah mewakili Harimau Muda C di Liga FAM.

 

8. Kogileswaran Raj a/l Mohana Raj

Nola
sumber: blog
Kog1
sumber: blog

Kogileswaran merupakan penyerang dan bermain untuk pasukan Pahang. Berusia 20 tahun, Kogileswaran pernah bermain untuk pasukan Harimau Muda D pada tahun 2013 dan kemudian Harimau Muda C pada tahun 2015 sebelum meneruskan kariernya dengan pasukan Pahang sejak tahun 2016.

 

9. Tommy Mawat Bada

Tommy1
sumber: blog
Image 1
sumber: karangkraf

Tommy merupakan pemain Petaling Jaya Rangers dalam Liga FAM Malaysia. Merupakan pemain penyerang, beliau baru sahaja berusia 23 tahun. Beliau pernah bermain untuk pasukan Sarawak pada tahun 2015 hingga 2017.

 

10. Zarif Irfan Hashimuddin

Zarif1
sumber: instagram
Zarif2
sumber: instagram

Zarif merupakan pemain pasukan PKNS FC dan memegang posisi penjaga gol. Mempunyai ketinggian 184cm, beliau baru sahaja berusia 23 tahun. Zarif memulakan karier profesional sebagai pemain bola dengan AirAsia Allstars FC pada tahun 2015.

Wah! Hebat-hebat pemain bola tempatan kita ni!

Baca: Orang Ramai ‘Cair’ Tengok Ketampanan Dua Atlet Wakili Malaysia ke Sukan Olimpik Ini

12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.