in

10 Pasangan Adik Beradik Popular Yang Cun Buat Hati Jejaka Tertawan!

Adik Beradik Pop

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya ramai yang tidak tahu selebriti popular yang cantik menawan di industri seni kita ini mempunyai pasangan adik beradik yang boleh tahan cun juga rupanya. Seperti adik beradik mereka yang popular, mereka juga boleh dikatakan agak terkenal di Instagram dan mempunyai pengikut yang tersendiri.


Ingin kenali adik beradik jelitawan ini? Berikut kami senaraikan 10 pasangan adik beradik popular yang cun buat hati para jejaka tertawan.

 

1. Anzalna & adik beradik

Anzalna 1 1
sumber: instagram

Siapa yang tak kenal dengan Anzalna Nasir kan? Aktres yang terkenal dengan drama rantaian Memori Cinta Suraya ini merupakan finalis Dewi Remaja 2009/2010 bersama-sama pelakon terkenal lain seperti Neelofa dan Izara Aishah.

Kalau anda sangka Anzalna sudah cukup cantik, anda pasti belum tengok lagi anak-anak Pak Nasir yang lain iaitu Diana, Mia, Afifah dan Nazira yang boleh tahan cun!

Anzalna 1
sumber: instagram
Anzalna 3
sumber: instagram

 

2. Fasha Sandha & Elisya Sandha

Screen Shot 2017 05 18 At 4.13.39 Pm
sumber: blog

Ramai di antara kita memang kenal dengan Fasha Sandha. Tapi pernah tak anda dengar tentang Elisya Sandha, adik kepada aktres beranak dua ini? Seperti kakaknya, Elisya juga seorang pelakon, model dan pengacara. Dia masih lagi bujang (ehem!) tetapi pernah digosipkan bercinta dengan anak Sheila Rusly.

Adik Fasha
sumber: blog
Elisya
sumber: blog

 

3. Eira Syazira & Syafnida Suhaimi

Eira Syafnida
sumber: media hiburan

Pada awal kemunculan Syafnida Suhaimi di kaca televisyen, tidak ramai yang tahu bahawa dia merupakan adik kepada pelakon, Eira Syazira. Wajah mereka yang seiras akhirnya membongkar rahsia bahawa Syafnida adalah adik kepada isteri kepada pelakon Azad Jasmin ini. Meskipun Eira sudah jarang-jarang berlakon, kerjaya Syafnida nampaknya semakin berkembang setelah dia membintangi drama-drama yang meletup di kaca TV seperti Papa Ricky, Memori Cinta Suraya dan Sweetie Nanie.

Shuhaimi
sumber: blog

 

4. Emma Maembong & adik beradik

Emma 4
sumber: instagram

Ismail Maembong adalah seorang ayah sangat beruntung kerana mempunyai anak-anak perempuan yang sangat jelita. Selain Emma, dia juga mempunyai dua adik beradik yang popular iaitu Yaya dan Chacha Maembong. Suatu ketika dahulu, Emma dan adik beradiknya pernah dikecam netizen kerana tidak bersekolah dan hanya mempunyai kelulusan UPSR. Walau bagaimanapun, mereka adik beradik sangat berbakat dalam lukisan seperti ayah mereka juga.

Emma 2
sumber: instagram
Emma 3
sumber: instagram

 

5. Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose

Foto Adik Beradik Raysha Rizrose Nelydia Senrose Dan Uqasha Senrose
sumber: blog

Adik beradik Senrose-Rizrose ini memang cun habis! Pada awalnya, hanya Nelydia yang dikenali selepas lakonannya dalam drama Setia Hujung Nyawa diminati ramai. Kemudian, Uqasha yang pada ketika itu berkhidmat sebagai pramugari tular di media sosial yang kemudiannya membuatkan dia juga terjun ke dunia hiburan. Raysha Rizrose muncul sedikit lewat selepas dia menjadi juara Dewi Remaja 2015 mengalahkan beberapa calon lain seperti Syamim Farid, Puteri Aishah dan Mawar Rashid.

Nelll
sumber: instagram
Raysha
sumber: instagram

 

6. Neelofa & adik beradik

Neelofa 4
sumber: instagram

Pelakon dan pengacara program hiburan terkenal Neelofa juga tidak kalah dengan selebriti lain apabila bercakap soal adik beradiknya. Siapa yang tak kenal Ameera Khan yang begitu famous di Instagram dan mempunyai channel Youtube sendiri? Tidak dilupakan juga Noor Nabila yang kini sudah menjadi isteri aktor Sharnaaz.

Selain Nabila dan Ameera, Neelofa juga mempunyai adik beradik kandung dan tiri perempuan lain seperti Sara Dinna, Nellisa, Athira dan Athisha. Kesemua mereka sangat jelita, bijak pandai dan mempunyai rupa kacukan Pakistan.

N1
sumber: instagram
Neelofa 1
sumber: instagram

 

7. Rozita Che Wan & adik beradik

Che Ta1
sumber: remaja

Kalau lihat daripada gayanya, ramai yang tidak sangka Rozita Che Wan sudah berusia 40-an. Pelakon, pengacara dan kini seorang penerbit juga mempunyai seorang adik yang terkenal dalam bidang lakonan iaitu Ayu Raudhah. Selain Ayu, Che Ta yang merupakan anak kedua juga mempunyai enam adik beradik perempuan lain yang boleh tahan cantik. Salah seorang daripadanya merupakan isteri kepada Lan Pet Pet, ahli kumpulan Senario.

Che Ta 2
sumber: instagram
Che Ta 3
sumber: instagram

 

8. Fathia Latiff & adik beradik

Fat
sumber: instagram

Meskipun diheret pelbagai kontroversi, tiada yang dapat menyangkal kecantikan pelakon Nur Fathia Latiff. Malah tidak ramai juga tahu yang Fathia mempunyai dua adik perempuan yang sangat menawan rupanya. Mereka ialah Fanna Latiff dan Fasiha Latiff yang juga mempunyai ramai followers di Instagram. Pun begitu, kedua-duanya tidak terlibat dalam industri hiburan.

Fathia 1
sumber: instagram
Fathia 3
sumber: instagram

 

9. Elfira & Ezlisa Loy

Elfira 1
sumber: instagram

Mula dikenali dengan drama Qalesya terbitan Astro, Elfira yang baru berusia 23 tahun ini sudah mengecapi pelbagai kejayaan termasuklah membintangi belasan drama dan menjadi jurucakap untuk produk terkenal antarabangsa seperti Maybeline. Elfira yang terkenal dengan rupa keningnya yang tebal juga mempunyai seorang adik perempuan bernama Ezlisa Loy yang pernah membintangi siri ‘Oh My English’.

El1
sumber: instagram
El 3
sumber: instagram

 

10. Ruhainies & Risteena Munim

Risteena 3
sumber: instagram

Perwatakan manja antara kedua-dua adik beradik ini, Risteena dan Ruhainies sering mendapat perhatian netizen kerana mereka berdua bijak bergaya dan kadangkala kelihatan seperti kembar tidak seiras. Risteena, kakak kepada Ruhainies mencipta nama terlebih dahulu melalui drama Playboy Itu Suami Aku bersama pelakon sensasi, Fattah Amin. Tidak lama selepas itu, Ruhainies pula mula dikenali ramai selepas memegang watak sebagai Alya Adriana dalam drama Hello, Mr. Perfect!

Risteena 2
sumber: instagram
Risteena 1
sumber: instagram

Alahai semuanya cantik-cantik kan? Rambang mata jejaka-jejaka di luar sana tengok. Untunglah semua adik beradik cantik jelita! 

Baca: 12 Selebriti Sudah Ada Ramai Anak Tetapi Badan Tetap ‘Maintain Slim’ 

Badan Slim

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.