in

10 Jenis Geng Makan Kita Kena Hadap Setiap Hari

Mamak Sayur
Sumber: NST

Siapa je tak suka makan betul tak? Apatah lagi Malaysia kaya dengan pelbagai jenis makanan, menjadi salah satu sebab mengapa pelancong suka datang ke negara kita ini.

Paling seronok jika kita ada geng makan yang selalu bersama untuk pergi makan tempat best! Tapi dalam geng tu pasti setiap orang ada kerenah masing-masing kan?

Ini antara jenis-jenis geng makan yang kita perlu hadap setiap hari:

1. Suka ambil gambar makanan sebelum makan

Point 1 1
sumber: prfmnews. Com

Dalam dunia serba moden dan berteknologi ni, memang ramai berebut-rebut nak berkongsi semua benda tentang diri mereka dengan ‘kengkawan’ melalui media sosial. Termasuklah, apa yang mereka makan.

Kawan yang macam ni, mereka akan paksa kita tunggu sehingga semua makanan sampai sebab nak tangkap gambar punya pasal! Kita pula kena tahan lapar eh!

 

2. Suka minta cili potong

Cili
sumber: twitter

“Nak cili potong tau”. Ini ungkapan kawan kita yang suka sangat makan pedas. Apa sahaja yang dia order mesti nak tambah cili potong. Semua benda tak pedas untuk dia!

 

3. Cerewet bab pilih kedai

M 1
sumber: rotaract club

Kedai tak bersih lah, pekerja bukan Melayu lah, takde aircond lah, tak makan kedai mamak atau warung tepi jalan lah dan macam-macam lagi alasan. Kalau orang yang macam ni, senang cerita tak payah ajak lah kan.

 

4. Sentiasa ada bajet untuk makan

M 4
sumber: food advisor

Ini selalu jenis kawan yang kita temui di universiti. Setiap hari akan ada bajet makan mereka untuk sarapan pagi, makan tengah hari mahupun makan malam. Takde kawan macam ni? Mungkin korang yang macam ni kot? ?

 

5. Tak makan sayur

Mamak Sayur
sumber: nst

Mereka ini boleh dikategorikan sebagai antara insan yang gigih. Sebab apa? Gigih asingkan sayur dalam setiap makanan yang dia order. Orang lain dah habis makan, dia baru settle asingkan sayur!

 

6. Semua orang punya makanan dia nak rasa

M 5
sumber: imgrum

“Nak sikit!”….”Nak sikit!”…. Haa ini lagi sorang!

Semua orang punya makanan dia nak cuba tau. Kadang-kadang tanpa segan silu dia rasa makanan orang lain padahal orang tu belum sentuh lagi makanan dia. Cettt!

 

7. Ajak makan tapi taktau nak makan mana

M 6

Ini memang selalu terjadi. Kalau bukan kawan kita, kita pun macam ni jugak kan? Hahaha!

Perut berbunyi, lapar dan terus ajak kengkawan pergi makan. Bila ditanya, “Nak makan mana?”….

Erm taktau lah. Tak kisah makan mana mana pun.”

Ishh dia ni aku duku kepala kang!

 

8. Semua tempat makan viral nak cuba

M 2
sumber: malay mail

Setiap minggu ada saja nak diajaknya pergi makan tempat viral dekat Facebook tu. Tahu je kalau ada port makan baru bukak ke apa.

Masalahnya, kalau sekali sekala tak apa lah. Ini tidak, kalau boleh setiap kali ada kedai viral mati-matian nak pergi try makan dekat situ. Menangis poket dengan dompet tau!

 

9. Asal keluar makan, order makanan sama je walaupun kedai berbeza

M 3
sumber: pamper. My

Pergilah kedai makan mana sekalipun. Mamak ke, kedai tomyam Kelantan ke, restoran ada aircond ke, warung sarapan pagi ke, yang di order samaaaaaa je. Tak bosan ke dorang ni?

 

10. Bagitahu dan cadangkan pada kita tempat makan sedap dan best

M 7

“Weh, nanti pergi la makan dekat kedai area Bangi aku cakap tu. Sedap, aku dah try!”

Inilah kawan paling terbaik, paling sayang. Heboh share dengan semua orang kalau jumpa kedai makan best! Takde la susah susah nak fikir makan mana.

Bila kawan dah suggest tempat makan sedap, mesti lah kita excited nak cuba kan? Waktu tu tak kisah dah kena drive jauh ke, jalan berliku-liku ke, sanggup juga redah! Kadang-kadang rasa macam drive dalam maze pun ada ?

Dalam fikiran kita waktu tu cuma tak sabar nak sampai and try makanan! Kalau susah sekali pun nak cari kedai makan tu, sanggup la terpusing-pusing mencari. Mana taknya, kawan dah cakap confirm sedap kan. Kalau korang rasa bersusah payah, terpusing-pusing cari kedai makan tu buat korang nak surrender, bayangkan kepayahan Thomas dengan kawan-kawan dia. Siapa Thomas pulak ni?

Jangan ketinggalan untuk catch up filem Maze Runner siri ketiga dan yang terakhir berjudul Maze Runner: The Death Cure. Tonton trailer filem ini:

Filem ini berkisar tentang Thomas dan Gladers lain yang sedang menjalankan misi yang bahaya iaitu menyelamatkan rakan-rakan mereka di Last City di mana ianya dikawal oleh WCKD. Tontoni mereka menghadapi risiko untuk menyelamatkan satu sama lain dalam melepaskan diri dari labirin (maze) tersebut.

Maze Runner

Maze Runner: The Death Cure bakal ditayangkan pada 25 Januari ini. Make sure dapatkan tiket!

Ketahui lebih lanjut tentang filem ini di sini!