10 Info Menarik Tentang Juara AJL 32, Abang Jampi Hael Husaini

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-32 telah pun melabuhkan tirainya malam tadi dengan kemenangan seorang komposer dan penyanyi lagu berjudul Jampi, Hael Husaini. Dengan persembahan hebat dan gamat yang disampaikannya, tidak dapat dinafikan beliau layak dinobatkan juara malam tadi.

Walaupun lagu yang dipertandingkannya memang biasa didengar di corong radio, namun, mungkin ramai yang masih belum mengenali siapa Hael Husaini sebenarnya. Oleh itu, mari baca 10 info menarik tentang abang jampi kita ni!

 

1. Biodata



Hael Husaini atau nama sebenarnya Hal Husaini Razmi dilahirkan pada 10 Disember 1987 dan berasal dari Kunak, Sabah. Beliau mula berjinak dalam industri seni apabila menyertai dan merangkul naib juara di dalam rancangan realiti Akademi Fantasia (AF) Musim 10.

Sumber: Instagram

 

2. Kerjaya sebelum menyanyi

Ramai yang tidak tahu, penyanyi yang berusia 31 tahun ini dahulunya pernah bekerja sebagai seorang jurugambar. Mungkin itulah sebab Hael Husaini pandai mencari angle apabila menangkap gambar untuk dimuat naik di Instagram.

Sumber: Instagram

 

3. Nama kelab peminat

Tidak dapat disangkal Hael Husaini mempunyai peminat yang ramai. Beliau juga mempunyai kelab peminat yang diberi nama Haelers. Instagram Haelers mempunyai seramai 14.4k pengikut. Mereka sangat aktif dan sentiasa menyokong Hael Husaini dalam kerjaya nyanyiannya.



Sumber: Instagram

 

4. Pengikut di Instagram

Jika Instagram kelab peminat Hael Husaini mempunyai seramai 14.4k pengikut, akaun Instagram beliau sendiri merangkumi seramai 696k pengikut. Hael sememangnya seorang selebriti yang rajin memuat naik gambar untuk memberi update terbaru kepada peminatnya.

Sumber: Instagram

 

5. Pernah menyertai kumpulan duo, Azhael

Beliau pernah muncul sebagai penyanyi duo bersama Azhar. Walau bagaimanapun, Hael telah mengambil keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut. Kedua-dua anggota kumpulan Azhael mengaku terdapat perselisihan faham antara mereka.

Sumber: Last FM

 

6. Berbakat menulis lagu



Bukan setakat menyanyi, Hael Husaini juga mempunyai bakat sebagai seorang komposer. Selain menulis lagu sendiri, beliau turut menulis lagu untuk penyanyi-penyanyi tempatan seperti lagu Dia nyanyian Dayang Nurfaizah, Hati-hati nyanyian Amira Othman dan lagu Cemburu serta paling terbaru, Pematah Hati nyanyian Nabila Razali.

Sumber: Instagram

 

7. Pernah mendapat anugerah di AIM21

Semasa masih bergiat aktif di dalam kumpulan duo, Azhael, mereka pernah dinobatkan Anugerah Persembahan Vokal Terbaik Dalam Lagu (Kumpulan) di Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21 pada tahun 2014 dengan lagu Hujung Waktu.

Sumber: Blog

 

8. Pernah terpalit kontroversi

Pada tahun lepas, Hael pernah menerima kontroversi kerana sesetengah netizen mendakwanya seorang homoseksual atau gay yang merupakan antara sebab kumpulan Azhael berpecah. Namun, beliau menafikan dakwaan itu dan mengaku berpecah kerana ada komitmen sendiri yang perlu dipenuhi.

Sumber: Instagram

 

9. Mempunyai anak angkat

Walaupun masih bujang, Hael sudah pun bergelar seorang bapa pada pertengahan tahun lalu selepas mengambil anak angkat yang dinamakan Nur Helena. Bayi perempuan itu merupakan anak angkat yang diterimanya daripada sebuah keluarga.

Sumber: Instagram

 

10. Juara AJL32

Pada AJL32 malam tadi, Hael Husaini telah dinobatkan juara dengan lagunya berjudul Jampi hasil ciptaannya bersama Ezra Kong. Dengan kemenangan lagu yang dinyayikan beliau, Hael telah membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan baucar CJ Wow Shop bernilai RM10,000.

Sumber: Instagram

Kemenangan Hael Husaini di AJL32 semakin mengangkat namanya di dalam industri seni tanah air. Beliau yang menganggap kemenangannya sebagai rezeki anak angkat kini dalam perancangan untuk berkolaborasi dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza tidak lama lagi.

Baca: Kenali Isaac Voo, Individu pertama dar Malaysia Berjaya Jadi Penyanyi Kpop

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.