Tokyo, Jepun adalah salah satu lokasi percutian tidak kira bersama pasangan, keluarga atau kawan-kawan. Banyak tempat menarik boleh dilawati, tapi tahukah anda di Tokyo juga anda boleh dapatkan hostel yang selesa dengan harga dibawah RM100?
Jom tengok!
1. Khaosan Tokyo Origami
Mendapat tempat pertama dalam anugerah Best Small Hostel Chain 2016, hostel ini terletak di Asakusa serta berdekatan dengan Sensoji Temple dan Asakusa Station.
Alamat: 111-0032 Tokyo Prefecture, Taito-ku Asakusa 3-4-12, Japan
Harga: RM85 seorang, satu malam
2. Emblem Hostel Nishiarai
Sebuah hostel yang baru dengan menggunakan konsep ‘travel to meet’. Terletak 1 minit dari Nishiarai Station (east exit) dan dikelilingi dengan kemudahan yang lain seperti pasar raya dan pusat membeli belah.
Alamat: 21-0816 Tokyo Prefecture, Adachi-ku, Umejima 3-33-6, Japan
Harga: RM 80 seorang, satu malam
3. Sakura Hostel Asakusa
Hanya beberapa minit dari Kihabara Electronic/Animation Town dan Ueno National Museum/Zoo. Tetamu boleh beli tiket Tokyo Subway terus melalui mereka. Sakura Hotel berdekatan dengan empat berlainan stesen yang menghubungkan seluruh bandar Tokyo.
Alamat : 11-0032 Tokyo Prefecture, Taito-ku, Asakusa 2-24-2, Japan
Harga: RM 97 seorang, satu malam
[sociallocker id=1666]
4. Oakhostel Cabin
Dibuka pada March 2015 hostel ini mengggunakan konsep kabin yang sangat simple. Hanya 55 minit dari Narita Airport to T-CAT (Tokyo City Air Terminal) jika anda menaiki bas dan Haneda Airport hanya 25 minit dari sini.
Alamat: 103-0015 Tokyo Prefecture, Chuo-ku Nihombashi-Hakozakicho 1-16, Japan
Harga: RM 85 seorang, satu malam
5. Anne Hostel Yokozuna
Terletak di Ryogoku atau juga dikenali sebagai ‘sumo town’. Hanya beberapa minit untuk ke bandar Akihabara, Ueno dan Asakusa. Namanya diambil daripada katil mereka yang menggunakan saiz ‘yokozuna’ iaitu lebih besar daripada katil biasa dan lebih selesa.
Alamat: 130-0026 Tokyo Prefecture, Sumida-ku Ryogoku 4-38-5, Japan
Harga: RM 80 seorang, satu malam
6. Oak Hostel Zen
Terletak berdekatan dengan Ueno Park dan stesen Uguisudani. Oak Hostel Zen juga dikenali dengan staff mereka yang friendly. Pastikan jaga pasport dengan baik sebab tanpa pasport anda tidak akan dapat check in.
Alamat: 110-0003 Tokyo Prefecture, Taito-ku, Negishi 3-3-3, Japan
Harga: RM 80 seorang, satu malam
[/sociallocker]
7. Guesthouse WASABI
Berdekatan dengan Ueno dan boleh ke Narita Airport melalui Stesen Nippori Station ke Stesen Mikawashima. Kalau rasa nak ambil udara menaiki basikal, boleh disewa di sini.
Alamat: 116-0014 Tokyo Prefecture, Arakawa-ku Higashi-nippori 6-24-16, Japan
Harga: RM 80 seorang, satu malam
8. Sakura Hotel Ikebukuro
Hanya beberapa minit dari pusat bandar Tokyo dan 6 minit dari stesen kedua terbesar di Tokyo, Ikebukuro. Kawasan yang dipenuhi penduduk setempat dan pelancong, memang sesuai untuk anda yang tidak mahu jauh dari pusat tumpuan.
Alamat: 171-0014 Tokyo Prefecture, Toshima-ku Ikebukuro 2-40-7, Japan
Harga: RM 94 seorang, satu malam
9. YADOYA Guesthouse for Backpackers D
Hanya 280 meter dari Stesen Nakano dan berdekatan dengan pasar raya serta restoran. Dikelilingi kemudahan seperti pusat membeli belah dan hiburan. Percuma tempat menyimpan bagasi semasa hari anda check in dan check out.
Alamat: 164-0001 Tokyo Prefecture, Nakano-ku Nakano 5-32-21, Japan
Harga: RM 80 seorang, satu malam
10. 1 Night 1980 Hostel Tokyo
Hanya 5 minit dari Stesen Iriya dan 15 minit dari Stesen JR Uguisudani. Ruang antara kapsul yang luas dan selesa. Anda boleh sampai ke Ueno Park dan National Museum of Western Art dalam masa 20 minit jika anda berjalan kaki.
Alamat: 110-0004 Tokyo Prefecture, Taito-ku Shitaya 3-10-10, Japan
Harga: RM 86 seorang, satu malam
Kalau anda dalam perancangan untuk bercuti ke Tokyo lebih-lebih lagi secara backpack, cuba lah rasai pengalaman sendiri di mana-mana hostel pilihan di atas. Selesa dan jimat!